Cart 0

WhatsApp Image 2019-02-10 at 12.07.56 PM.jpeg

Tuan Zuhairi Nopiah berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Drexel University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Beliau juga memiliki Sijil Pengajian Syariah, Usuluddin dan Al-Quran dari Universiti Malaya.

Pernah bertugas sebagai Pensyarah dan Ketua Eksekutif di beberapa Kolej di tanahair. 

Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Profesional dan Korporat di Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan seperti program motivasi, kaunseling, pemantapan personaliti, team building dan bengkel pengurusan strategik.

Beliau merupakan NLP Practitioner di bawah National Federation of Neuro Linguistic Programming, U.S.A. 

Dalam masa yang sama, beliau merupakan Certified HRDF Trainer di bawah Kementerian Sumber Manusia dan EXCO Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).